AKU NAK TUKAR BLOG LA PULAK~

November 10th, 2009

lepas neh blog neh aku nak perap sampai kiamat..bukak blog baru..papai sume~

Bookmark and Share

UPDATE LA MANGKOK!

November 10th, 2009

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

azamnakupdateblog

jgn buang masa…update la..berhabuk cam sial dah neh~

…done..

Bookmark and Share

suka berkomplot!!!

June 4th, 2009

aku jumpa band indie baru…

sekali dengar je terus suka..wahaha..

lagu ala2 disco bernafas baru (mcm lepas kumur listerin la..)

check it out!!

Bookmark and Share

hmm…lepas IB nk wat ape ea..?

June 4th, 2009

pergh!

IB abes!

macam x pcaye je…2 tahun ku berada di kolej mara banting abes…hmmm…tetapi..apakah result itu memuaskan..?? itu aku berdoa pada ALLAh SWT shaja…

Hmmm….apa ea xtvt aku selepas IB??

1. pergi BTN

perjalanan ke KMB memang x bes..elok2 cuti..kne p balik KMB…sebab bus gerak dari sane…

wuu~~~ dalam fikiran ku berpusing2 perkara berlalu dengan pantas..tau2 je aku dah ada kat kem…n dah nak abes da….mule2 aku pesimis dgn tujuan nk g btn nh…rupe2 nye memang ada udang di sebalik mee kari megi…x sangke selame ini aku yang memperlekehkan isu politik dan mengambil ringan tentang politk merupakan satu penghalang kepada perluasan perspektif aku…rupa2nya isu politik merupakan isu global serta berputar mengelilingi aku…cuma selama ini aku pandai..pandai membutakan mata…haha…setelah beberapa kali aku tertutp mate semasa LDK…fasi aku ..Ust. Zaini…(memang respek same ustaz)…telah membuka mate aku tentag keseriusan dan kepentingan politik…

“ingat..saya menajar kamu politik..bukan megajar kamu berparti ok…”

terpahat kata2 ustaz di dinding sereberum aku…

“politik nh bersih…cume politician dan kaedah politiking sahaja yang membuatkan persepsi masyarakat menyatakan politik ini kotor”

merupakan kata2 abang ku sendiri..aku terpaku…banyak informasi yang aku perlekehkan mula menyerap masuk sedikit demi sedikit…seperti tisu yang dibasahkan hujungnya…

aku perlu kah bertindak..? aku perlukah menjadi lebih peka..??

ya..aku perlu..kerana aku semakin matang..matang itu sikap rasional yang membina kukuh dalam jiwa kita..mari kita menjadi matang…mengorak langkah kehidupan…

2. pergi selatan (johor n melaka)

lepas balik jer dari BTN…aduyai…g johor pulak…ponatt…dah la nk balik umah kne angkat adik kat sereban dlu..memang travell je la…johor…bandar…ramai..dan makanan sedap2…haha..ok la kut…

melaka…bersejarah.. di eksploitasi..pusat perlancongan..panas…kurang pokok kat jalan…byk kereta…sesak cam sial…haha…x sempat benti pun..sebab x jumpe parking..last2 tgkap gambo dalam keter je la..haha…

balik kl…sedapp…klcc…cantik..segar…lega…ngantok..tido..haha

3. bergerak ke Terengganu!

itulah…setelah balik je dari johor…2 hari lepas tu aku gerak kuala terengganu! sorang2!

nape?

sebab abg aku tertinggal his precious laptop kat umah..soo…aku la tukang antar barang kat abg aku..pehh…perjalanan dalam bus selama 7 jam memang mencabar otot2 punggung aku…gerak awal pagi 10.30..sampai 6.30 petang…mane x penat beb..sampai2 je Kuala terengganu serbu KFC..haha lapao…

hari ini hari rabu..hmm…abgku pergi kerja..aku? lepak mane pulak..? tiket balik kl pukul 10 malam..guano nk abeskan mase nh..?? calling sane..calling sni…last2 kuar je la ngan sorang kawan aku yang baik nh…teharu aku..walaupun aku miskin dan dia kaya…sanggup juga dia menumpangkan aku kereta BMW die yang baru itu..bau kedai ag beb..hahahaaku tye die..”emm kat tganu ada apa2 yang best x??” die jwb..”x taw la..ko ckp la nk pegi mane..aku bwk..” laaa..mane la aku tau..aku pun bukan duk sni..pe la…

last2 g la pantai batu burok..peh cm dating pulop dah..ahhaa..abes la aku kalo bf die tau…mau aku kne mara…haha lepak2 borak2 and aku berjaya menghabiskan mase aku dengan cemerlang…selepas itu pergi balik umah bujang abgku..serta berkemas untuk pulang ke rumah….

tepat 10 malam..bus syarikat sani bergerak…1st tyme aku naik bus 2 tingkat!!! bessss! tapi slack aku x bwk sweater..sejuk giler…pergh,,beku hingus ku..haha

celik2 mate dah pukul 4.30 pagi..dan aku lihat diluar…terbit jalan2 yang aku familiar…dah sampai KL…yahuuu!! n then lepak kat hentian putra sampai kul 6.30…then gerak balik umah naik LRT…tapi malang nya…pkul 7 pagi rumah ku masih tidur..soo…pg mamak dlu..lenjan mee goreng..pulang ke pangkuan ibu jua akhir nya…

memang satu minggu yang memenatkan..adakah ini permulaan corak percutian aku..?? kalau ya…penat dan serabut lah aku..aku cuma mahu bercuti serta bermain futsal..hahahaha..

..end of my boring blog…(lame x tulis blog…nh baru warm up dlu..sok tulis post baru..insyaallah…aminn)

Bookmark and Share

hmm…lensa mata..lensa kamera..mana lagi hebat..??

February 13th, 2009

hmmm…pernah ku terfikir…teknologi..akan menjadi apa 10 tahun akan datang..?

adakah semua di filem menjadi nyata..atau semua tidak bermakna..kerana seperti graph yang memuncak…pencemaran juga memuncak..dan kita tidak boleh melawan takdir Allah..Kiamat itu satu kepastian…

pernah ku berfikir…adakah aku jua akan berkongsi arus hidup dengan teknologi…berkembang dengan masa..tetapi jua akan mengikut graph yang memuncak..yang meyakini bahawa pencemaran dalam diriku jua akan berkembang pesat..?

manusia ciptaan teragung Allah…hebat…serta unik…setiap satu nya berbeza…manusia mampu berfikir..jika dibanding kan…manusia ini amat hebat..tetapi pernah jua ku berfikir…mesin dan manusia..hebat sama atau beza..?

lihat kamera ku..berulang-ulang…lensa kamera hebat..umpama lensa mata…jadi kita lagi hebat..? ucapan itu mulanya aku kagum…tapi…setelah meneliti…mesin juga hebat..mereka tidak pernah silap..silap mereka kerana silap manusia…manusia..? usahlah dipersoalkan..lihat sahaja diriku…banyak silap nya…jadi…mana lebih bagus..? lensa kamera..? lensa mata..?

bagi ku…semua itu menjadi sia-sia jika dipersoalkan berulang-ulang..jika dijawap pun..apakah kita menjadi lebih prihatin terhadap dunia..?

hmmm..berputar-putar dalam pemikiran ku yang kecil ini..memikirkan..adakah aku cukup bijak mahu memikirkan segala perkara yang menjadi persoalan..? sedang kan neuron dalam otak ku masih banyak yang tidak bersambung..bersambung dan menjana pemikiran yang hebat..

tapi…jika dilihatkan..aku sudah menghampiri masa untuk mula belajar bersungguh-sungguh..masa sudah singkat…selalunya hanya skirt singkat menjadi jelingan ku..tetapi bila difikirkan masa yang singkat..mata mula jadi kabur..pemikiran menjadi kerdil…serta perut menjadi kecut..hmm…aku berdoa segala kudrat itu di redahi Allah serta menjadi kunci kejayaan ku nanti…berdoa lah..menuju kejayaan..

(lensa mata ku letih sebenarnya…membaca buku serta menelaah…kadang-kadang kagum juga melihat mesin berkerja tanpa letih..haha…sudahlah…manusia penuh kebencian serta keegoan…letih juga hari ini..rehat menjadi pilihan ku sekarang…)

Bookmark and Share

hmm..mahu juga ku rasa jadi kaya..

February 7th, 2009

Malai Shah: dato’, boleh bagi tips kepada saya serta rakan-rakan untuk menjadi kaya serta berpengaruh seperti dato’?

dato: ambil tips ini (hulur rm100), undilah saya, saya jamin kamu kaya macam saya..

Malai Shah: terima kasih. kami setuju benar dengan tips itu…

politik melayu..memang begitu…umpama kerja cuci tandas…biarpun kotor..ada jua orang perlu lakukan…

Bookmark and Share

hmm..arinih…saya hidup kah…??

February 7th, 2009

” azam!!!!! bangun!!! dah tengah hari nh..tidor je kerja!!”

ku turun..mkan sarapan…

sedap sungguh…

lepas itu..ambil buku..buat kerja sekolah..emm…

buat kerja..

“azam!! makan tengah hari!!”

aku turun..pergi makan…

sedap juga…

lepas itu..sambung kerja…

buat kerja..

buat lagi..

kerja..

ker…ja…

ker…

ke….

k….

…..

“Azam!!! jangan tidor! atas keyboard!! nk tidor masuk bilik!”

….

….

arinih..aku buat kerja je..??

hidupkah aku…?

hidup diselebungi rutin kebosanan tahap malapetakha…

hidup di tiup roh robot..yang mengorak kerja yang sudah ditetapkan…

hidup yang di batasi dengan tangga..meja…kerusi..serta lantai…

hidup yang hanya melihat skrin komputer serta helaian kertas yang berilmu…

hidup ini selalu begini kah..??

itu hidup kah..??

emm

aku mengantok…mari tidor sahaja

hidup ku hidup ku..

mati ku..Allah tentukan…

sudah lah…jemu hidup tidak akan membawa apa-apa…

jemu perasaan juga tidak membawa apa-apa….

hidup perlu diteruskan..

hari esok juga barangakali lebih cerah..lebih tidak jemu berbanding hari ini..

maka..bertahan lah…

ayuh…tidor…esok kita sambung kerja lagi…

..end..

Bookmark and Share

hmm..hari ini..saya terlihat sesuatu aneh….

February 6th, 2009

hari ini mendung..sangat mendung..hari hendak hujan rasa nya…lihat di udara lembab..kelihatan awan hitam menyelubungi jiwa langit..emm..berat betul beg dan laptop ini..emm tak apa lah..terusakan perjalanan..rumah ku masih jauh…aku baru berada di kampung..kampung dikelilingi hutan pembangunan…emm..marilah..berat-berat pun..sampai rumah redalah sakit bahu ku…

tiba-tiba..aku ternampak benda aneh…semasa hendak menaiki LipanRimauTikus….ternampak seekor ayam..pegang bunga…sejambak…dan sebentar selepas itu..datang seekor ayam lagi…ayam betina pula tu..bertudung ayam itu…’CUUPpp!’ ayam-ayam berlaga mulut…perh..apakah..? aku melihat dalam separuh sedar..ayam laga mulut..? tengah khalayak..? laga 3 kali..? x sakit ke ayam-ayam oi..? hemm..pelik..aku di Malaysia kah..reban mana pulak aku masuk ni..? reban Amer-ica..? rasanya..di Malaysia ayam-ayam x boleh laga-laga mulut..lagi-lagi depan orang ramai..huhu..aneh betul..hmm..panas jua hatiku..ku teruskan perjalanan jua..keluargaku lagi penting rasanya…

hmm..lambat benar LipasRotiTimun ni..bahuku nak tercabut seh..emm..

AIKKK???

aku terkejut..!

ada pulak sepasang itik berlalu…wah2…comel betul..berlengang kankung…berlepak…kepak terbukak…kemas meragut pinggul teman…hmmm…aku ingat itik nak mengawan…aku pun merasakan normal lah…emm sekali pandang macam normal…biasa lah kat hutan KualaLempur…banyak yang naik kutu…gatal-gatal semua..nak mengawan je kerja…aku perhati betul-betul…rupanya itik-itik tu ada kembang dada..dua-dua itik betina..wah2…itik betina dengan itik betina pun jadi ke..?? hebat betul reban ni…kejap ayam kejap itik…banyak betul benda pelik..haha..emm..sudah lah..aku gusar..aku pun pulang..menemui keluarga..mungkin aku sesat sebentar tadi..tapi aku bersyukur..tiba di rumah ku..tiada lagi itik atau ayam di pandangan ku..mungkin mereka sudah tidur..emm..marilah..azan maghrib berkumandang di langit Allah..solat lah kita..mari semua..doakan agar semua manusia tidak menjadi itik-itik dan ayam-ayam..doakan bersama..aminn…

Bookmark and Share

wah..lama tak buat blog..mari memblog semula..shall we..?

February 6th, 2009

emmm…..lamanya aku tak buat blog…kenapa ya..?

mari kita lihat listing mengapa azam dah lama tak buat blog..

yeah mulakan..:-

1. tak buat blog sebab bz…

2. EE and TOk sape nak siapakan kalau bukan enchik azam mokhtar…EE tu 4000 patah perkataan je…TOK plak 1500 je..haha

3. azam memang malas..

4. azam sedang koyak dengan kesunyiannya….dan merasakan hendak membetulkan posisi mental sebelum berfikir secara kritis..

5. azam sedang menghadapi krisis..krisis bahasa inggeris..interview bersama irish dan oral english nya…

6. azam sedang sakit…demam seminguu hari itu..telinga jadi pekak dan kepala rasa bengkak..

7. azam menghadapi kesukaran melayari jalur lebar maxis enchik ridhwan..sahabat handai di blok A

8. azam menjelajah dunia..bergerak ke indonesia..banyak mahu di kongsi bersama rakan..tetapi malangnya azam ini seorang yang tidak expressive..maka agak sukar dia mahu berkongsi cherita..

9. azam malas…

10. azam penat dan malas..haha..

itu lah sebab-sebab yang azam rasa yang membuatkan dia sudah lama tidak menyentuh keyboard dan membuat blog…selalunya keyboard nya digunakan butang W, A, S, D sahaja untuk bermain PES dan Dota…emm kasihan..memang takse life betul kamu nh azam..marilah..kita memulakan perbincangan..mulakan blog azamevans tahun 2009!!

Bookmark and Share

malam 2008…esok siang…2009…

January 2nd, 2009

malam 2008….31 disember 2008…suma pakat berkumpul..di sana..di sini…melihat keramaian rakyat…melihat sandiwara manusia…remaja ahli dominan…keramaian teragung di malaysia…penuh di padang-padang perhimpunan..berdiri..masing-masing bersemangat..melihat jam…memandang ke langit..berpeluh-peluh..seumpama mahu berperang masing-masing…mahu pergi melawan musuh….seperti askar muslim mahu menawan jerusalem…

tetapi..hakikatnya…

mereka yang menyertai musuh..bukan berperang..menyertai hasutan nafsu dan dosa…parti di sana sini..parti tahun baru…ada yang basah..ada yang kering..ada yang lembap…semua jenis parti diadakan..sahutan kegilaan di sambut oleh seluruh umat malaysia…seumpama anjing dilepaskan rantainya..menyatakan mereka bebas dari tahun 2008…mereka ada resolusi..ada cita-cita..semua bangga dengan kejayaan lepas..berseloroh..bertepuk..bila jam berdetik pkul 12 tengah malam..bunga api menjadi isyarat..isyarat untuk menjadi gila..menjadi bebas…sebebas bebas nya…sedetik itu..hilang agama..hilang maruah..hilang identiti..masing-masing bebas…suka nya..gembira nya..kami masuk tahun baru..tahun 2009…kami hebat..kami maju..kami lah warga 2009…

warga 2009…?

warga 2009? mahu kah kita mengaku kita warga 2009 jika kita berperangai sepeti 2008..? tiap-tiap tahun baru menari-nari…bertepuk-tepuk..parti sana parti sini..keluar surat khabar…”drugs, sex and party”…”new year ruckus”…”newscaster and actress among 26 busted in sex party”… macam-macam hal..

ini baru 1 januari 2009..baru mula tahun baru..dah macam-macam hal….jadi warga 2009 beginikah?

tengah semua bergembira sakan..ramai terlupa nasib saudara sendiri….palestin di bedil bertalu-talu oleh askar zionis..bagi mereka 2009 adalah tahun peperangan muktamad..peperangan palestin dan zionis..tentera zionis tidak cam mana satu orang mana satu anjing…semua di bedil nya…janji semua ancaman di hapuskan..bagi mereka orang palestin bahaya..budak palestin mungkin pengebom berani mati…wanita palestin pejuang peerisikan…bayi itu semua sumber kewangan dari raih simpati dunia…apakah semua buta..? zionis mata letak di mana? di tapak kaki? manakah keadilan..? manakah pertolongan..? manakah simpati..? manakah logik dan rasional..? adakah kita menjadi semakin kejam dari tahun ke tahun…2008 begini..2009 mula nampak bibit nya…memang hancur dunia nanti..

sudahlah..kita kan warga 2009..kita warga bebas..kita warga maju..kitakan hebat..buat apa nak sibuk hal orang…sibuk hal masing-masing sudah…

semua pentingkan diri..semua hipokrit handal…semua manusia..

manusia..lihatlah..kamu juga akan mati…tunggu sahaja detik nya…kematian bukan boleh di kira seperti mengira detik tahun baru..kemtian itu janji tuhan pada manusia..jadi…jika kita tidak mengubah sikap kita sebelum tiba ajal..manakan kita hendak mencium bau syurga..jadi…adakah kita masih mahu menjadikan tahun 2009 seperti tahun sebelum yang tersia-sia..? berubah lah…itulah guna nya azam…azam itu matlamat…matlamat perlu diusahakan…perlu dikota…supaya kita menjadi manusia yang lebih beruntung daripada tahun-tahun lepas…jaga diri…malam ini 2008..esok siang..2009 menjelma..bersedialah..aminn…

..done..

Bookmark and Share