hmm…lensa mata..lensa kamera..mana lagi hebat..??

February 13th, 2009

hmmm…pernah ku terfikir…teknologi..akan menjadi apa 10 tahun akan datang..?

adakah semua di filem menjadi nyata..atau semua tidak bermakna..kerana seperti graph yang memuncak…pencemaran juga memuncak..dan kita tidak boleh melawan takdir Allah..Kiamat itu satu kepastian…

pernah ku berfikir…adakah aku jua akan berkongsi arus hidup dengan teknologi…berkembang dengan masa..tetapi jua akan mengikut graph yang memuncak..yang meyakini bahawa pencemaran dalam diriku jua akan berkembang pesat..?

manusia ciptaan teragung Allah…hebat…serta unik…setiap satu nya berbeza…manusia mampu berfikir..jika dibanding kan…manusia ini amat hebat..tetapi pernah jua ku berfikir…mesin dan manusia..hebat sama atau beza..?

lihat kamera ku..berulang-ulang…lensa kamera hebat..umpama lensa mata…jadi kita lagi hebat..? ucapan itu mulanya aku kagum…tapi…setelah meneliti…mesin juga hebat..mereka tidak pernah silap..silap mereka kerana silap manusia…manusia..? usahlah dipersoalkan..lihat sahaja diriku…banyak silap nya…jadi…mana lebih bagus..? lensa kamera..? lensa mata..?

bagi ku…semua itu menjadi sia-sia jika dipersoalkan berulang-ulang..jika dijawap pun..apakah kita menjadi lebih prihatin terhadap dunia..?

hmmm..berputar-putar dalam pemikiran ku yang kecil ini..memikirkan..adakah aku cukup bijak mahu memikirkan segala perkara yang menjadi persoalan..? sedang kan neuron dalam otak ku masih banyak yang tidak bersambung..bersambung dan menjana pemikiran yang hebat..

tapi…jika dilihatkan..aku sudah menghampiri masa untuk mula belajar bersungguh-sungguh..masa sudah singkat…selalunya hanya skirt singkat menjadi jelingan ku..tetapi bila difikirkan masa yang singkat..mata mula jadi kabur..pemikiran menjadi kerdil…serta perut menjadi kecut..hmm…aku berdoa segala kudrat itu di redahi Allah serta menjadi kunci kejayaan ku nanti…berdoa lah..menuju kejayaan..

(lensa mata ku letih sebenarnya…membaca buku serta menelaah…kadang-kadang kagum juga melihat mesin berkerja tanpa letih..haha…sudahlah…manusia penuh kebencian serta keegoan…letih juga hari ini..rehat menjadi pilihan ku sekarang…)




One Response to “hmm…lensa mata..lensa kamera..mana lagi hebat..??”

  1.   haifaa on February 13, 2009 10:20 pm

    pergilah restkan your lensa mata ;) HAHA

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind